Sunday, September 14, 2008

15 Sep 2008 (2008)

Tarikh dimana sesuatu perkara yang akan terjadi. Satu peristiwa dimana semua orang ingin melihatnya.Dan mereka dimana, akan melihat mereka pergi. Dalam menjangkakan peristiwa itu berlaku beberapa isu lain yang keluar. Melihat kejatuhan 2008 yang amat menakutkan. Tiada apa yang boleh diselamatkan. Pecahan ukhwah, dan ketidakpercayaan wujud dikalangan mereka. Maka mereka terpaksa pergi. Bertepuk tangan kepada mereka yang ketawa tetapi tunduk kepala sayu kepada mereka yang tahu apa itu kebenaran. Kemenangan ditangan orang yang salah. Menjadi abu kepada yang kalah. Jadikanlah ia sebagai panduan dan teladan untuk teruskan hidup 2009.

3 Budak Hitam.

Salam,
peristiwa yang berlaku dalam bulan posa ini amat menakjubkan. Apa yang berlaku tak akan berlaku pada bulan biasa. Dan kita tak menduga apa yang akan berlaku. Dan kita tak berupaya untuk melawan apa yang berlaku. Bila kita lakukan apa orang tak suka, beberapa perkara akan berlaku. Mungkin setelah orang itu sakit hati dan ia mengkianati kita. Ia akan mula membenci kita dan perbuatan kita, cara kita dan budi baik kita. Semua itu akan menjadi satu agenda dalam menjatuhkan kita. Usahlah baik pada orang yang belum tahu akan baiknya. Zaman sekarang sudah berubah...maka berhati2 dalam hidup ini. Kadang2 kawan jadi lawan. Apa yang peliknya surat layang jadi ikutan. Trend masa kini. Surat layang telah menjadi satu laporan. Sedangkan belum tahu kesahihan nya.Tapi trend sekarang dijadikan satu isu dan klu untuk mencari yang bukti yang lain. Masakan tiada angin pokok boleh bergoyang. Masakan tiada bukti jika menjadi buah mulut orang. Dan begitulah yang berlaku pada 3 budak hitam...

Sunday, September 07, 2008

The last woman in Malaya


Salam,
hari ni masuk hari ke 6 puasa.Macam-macam juadah yang di rasa. Macam-macam kaler air yang di minum. ini bermakna bazar ramadhan tetap menjadi pilihan dihati rakyat malaysia. Begitulah ada nya aku di perantauan. Mengisi masa terluang dan kebahagian bersama famili ku. Anak kesayanganku..isteri yang menjadi penawar duka lara semasa aku jauh meninggalkan suasana dikampung.hihihihihipanjang lebar bermadah mesra.muahhhhhhh..ngantuknya.mahu tak nagantuk..jam dah kul 2.30am.Aku baru balik dari megambil kawan dari airport..ngada2..balik jauh malam.oh ye, bulan ramadhan ni mengenang kan aku pada arwah abahku..beliau meninggalkan dlm bulan posa dan begitu juga arwah pakcikku. Dan bulan ini juga berlakunya peristiwa yang tak pernah2 berlaku dalam perkhidmatan ku bersama MARA. Ketiga2 bos aku dipindahkan serta merta. Jawapannya....entahlah.

Wednesday, September 03, 2008

Ramadhan

Salam,
Wah lama nyer tinggalkan blog nih, hampir 2 bulan. Sebenarnya ada kat sini,tak kemana2 pun. Cuma bertumpu pada fotopages alin. Bualn ramadhan dah tiba, pelbagai dugaan pada hari pertama dan ke2, termasuklah minum air hujan pada pagi hendak ke pejabat.(mengharung hujan ngan motor). Ohye,pada 16.08.08 hari tu, adik aku la selamat menglansungkan perkahwinan dengan pilihan hatinya.kami 3 beranak pulang ke kampung pada 3 hari sebelumnya. Balik kampung tak lama terus datnag menyambung kerja disini. Aduh,penat jugak sebulan 2 nih..maklumlah dah masuk bulan posa.Tapi suasana tetap kurang menarik..entahlah adakah kerinduan pada kampung semakin memuncak, atau dah bosan tinggal disini.

Di kepilkan sekeping 2 kenangan yang best kat kampung.

Wednesday, July 30, 2008

KLIA

salam,
sambil2 aku menunggu berangkat naik flight balik ke kuching,sempat la aku mencoret sepatah dua.Sebenarnya aku terlampau penat dan cuba untuk menenang hati dan kepala otak yang aku rasa otak kanan je berfungsi.namun ku kuatkan semangat kerana isteri telah menungu di umah.Kerinduan yang amat sangat pda anakku alin sehingga ku lupa untuk membeli sebarang dua buah tangan utk mereka.Memang penat bengkel yang aku hadiri ini.Memandang semalam aku bertukus lumus sehingga tidak membenarkan aku tidur walaupun 15 minit.emmm walaupun demikian aku seronok sebenarnya, Seolah2 aku pergi menenangkan pikiran. Tapi ingatan ku tetap memikirkan isteri dan anak2ku.
Hotel yang aku tinggalk semasa menghadiri bengkel itu kurang memuaskan hati,apabila ku ternampak lipas halus yang naik merayap diatas katil ku.hahahhahah...kelakar pun ada..Bengkel profil ipma yang dibuat ini adalah bertujuan untuk menyebarkan maklumat terperinci mengenai institusi masing2.tidak ku nafikan semua ini bagus namun adakah ia wajar dan relevan bila ditugaskan kepada PPTM utk membuat nya. Ahhh..semua itu kije je..jika kita buat maka kredit kita lebih.namun tak ku risau kan semua itu..kekadang ia boleh menjadikan byk kije bila berada dalam maktab. dan kurasakan ia boleh ku jadikan alasan untuk menangguhkan kije2 yang tak kena mengena dengan aku.hhahahhaha.oklah itu je lah aku merapu..ok jumpa lagi.

Monday, July 28, 2008

28 Julai 2008 .Jam 4.39 pagi

Salam,
lamo benar kawe tok tulih blog nih...hihihiiihi..mau tak nya, ruang2 yang ada diisi bersama2 ngan anak2 n isteri.ehem..ehemm.maklumlah family man.lagipun aku begitu sibuk ngan hal tanggungjawab ni.ini pun aku baru teringat nak tulih pagi..Dalam beberapa jam lagi aku akan ke KL, mengikuti bengkel Profil IPma.Mgkn lah mengusahkan..namun ku tekadkan hati dan perasaan bagi menyertai bengkel itu. Sesekali kuar dari tempat kije nih bagus jugak. dptlah menghirup udara segar sikit..cuci mata. hahahhaha. Banyak peristiwa yang berlaku sejak dua menjak ini...rape lama ye aku tak tulis blog ..sepanjang itulah kot..Cerita yang tak diingini dan cite yang baik2..semua nya merangkumi dan menghiasi sepanjang perjalanan hidup sekerat dua nih. Tempat kije lagilah...berserabut kepala otak.hihihih..oklah pagi2 nih biarlah benda2 baik je masuk dlm hati kite.hihi..jumpa lagi
.