Sunday, September 14, 2008

15 Sep 2008 (2008)

Tarikh dimana sesuatu perkara yang akan terjadi. Satu peristiwa dimana semua orang ingin melihatnya.Dan mereka dimana, akan melihat mereka pergi. Dalam menjangkakan peristiwa itu berlaku beberapa isu lain yang keluar. Melihat kejatuhan 2008 yang amat menakutkan. Tiada apa yang boleh diselamatkan. Pecahan ukhwah, dan ketidakpercayaan wujud dikalangan mereka. Maka mereka terpaksa pergi. Bertepuk tangan kepada mereka yang ketawa tetapi tunduk kepala sayu kepada mereka yang tahu apa itu kebenaran. Kemenangan ditangan orang yang salah. Menjadi abu kepada yang kalah. Jadikanlah ia sebagai panduan dan teladan untuk teruskan hidup 2009.

3 Budak Hitam.

Salam,
peristiwa yang berlaku dalam bulan posa ini amat menakjubkan. Apa yang berlaku tak akan berlaku pada bulan biasa. Dan kita tak menduga apa yang akan berlaku. Dan kita tak berupaya untuk melawan apa yang berlaku. Bila kita lakukan apa orang tak suka, beberapa perkara akan berlaku. Mungkin setelah orang itu sakit hati dan ia mengkianati kita. Ia akan mula membenci kita dan perbuatan kita, cara kita dan budi baik kita. Semua itu akan menjadi satu agenda dalam menjatuhkan kita. Usahlah baik pada orang yang belum tahu akan baiknya. Zaman sekarang sudah berubah...maka berhati2 dalam hidup ini. Kadang2 kawan jadi lawan. Apa yang peliknya surat layang jadi ikutan. Trend masa kini. Surat layang telah menjadi satu laporan. Sedangkan belum tahu kesahihan nya.Tapi trend sekarang dijadikan satu isu dan klu untuk mencari yang bukti yang lain. Masakan tiada angin pokok boleh bergoyang. Masakan tiada bukti jika menjadi buah mulut orang. Dan begitulah yang berlaku pada 3 budak hitam...

Sunday, September 07, 2008

The last woman in Malaya


Salam,
hari ni masuk hari ke 6 puasa.Macam-macam juadah yang di rasa. Macam-macam kaler air yang di minum. ini bermakna bazar ramadhan tetap menjadi pilihan dihati rakyat malaysia. Begitulah ada nya aku di perantauan. Mengisi masa terluang dan kebahagian bersama famili ku. Anak kesayanganku..isteri yang menjadi penawar duka lara semasa aku jauh meninggalkan suasana dikampung.hihihihihipanjang lebar bermadah mesra.muahhhhhhh..ngantuknya.mahu tak nagantuk..jam dah kul 2.30am.Aku baru balik dari megambil kawan dari airport..ngada2..balik jauh malam.oh ye, bulan ramadhan ni mengenang kan aku pada arwah abahku..beliau meninggalkan dlm bulan posa dan begitu juga arwah pakcikku. Dan bulan ini juga berlakunya peristiwa yang tak pernah2 berlaku dalam perkhidmatan ku bersama MARA. Ketiga2 bos aku dipindahkan serta merta. Jawapannya....entahlah.

Wednesday, September 03, 2008

Ramadhan

Salam,
Wah lama nyer tinggalkan blog nih, hampir 2 bulan. Sebenarnya ada kat sini,tak kemana2 pun. Cuma bertumpu pada fotopages alin. Bualn ramadhan dah tiba, pelbagai dugaan pada hari pertama dan ke2, termasuklah minum air hujan pada pagi hendak ke pejabat.(mengharung hujan ngan motor). Ohye,pada 16.08.08 hari tu, adik aku la selamat menglansungkan perkahwinan dengan pilihan hatinya.kami 3 beranak pulang ke kampung pada 3 hari sebelumnya. Balik kampung tak lama terus datnag menyambung kerja disini. Aduh,penat jugak sebulan 2 nih..maklumlah dah masuk bulan posa.Tapi suasana tetap kurang menarik..entahlah adakah kerinduan pada kampung semakin memuncak, atau dah bosan tinggal disini.

Di kepilkan sekeping 2 kenangan yang best kat kampung.